Kesibukan.



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Dah lama dah kan aku tak update blog kesayangan muah muah aku ni. Haih. Kesibukan yang melanda kepada diriku ini menghalang aku untuk bermanja manja dengan blog kesayangan muah muah ni. sobs. maafkan daku wahai blog kesayangan muah muah.
okay banyak salah tatabahasa =„=

Tajuk post ni kesibukan. Aku nak cerita apa sebenarnya ni?
kesibukan jalan raya?
kesibukan orang tengah bekerja?
kesibukan hengkooo bersosial?

sebenarnya...
aku nak cerita kesibukan aku ni ha. Hahaha. sampai tak punchline? eh yeke eja gitu? ah. lantak. asal paham sudoh. ke tak faham lagi? ah berat nanang hahaha.

weh. kelas tambahan dah start. siang malam. lepas subuh lepas zohor lepas asar lepas maghrib lepas isyak hadap kerja sekolah dan study. fuh. sehari, memang ada homework. tapi takpe. aku sedar. cikgu bagi homework sebab nak suruh bebudak sekolah yang selalu membebel banyak homework ni study. kalau tak.... jangan harap lah weh. menghadap laptop jelah. eh. skrg mane ade bebudak hadap laptop dah. handphone semua canggih. update blog pun pakai phone je sambil dengar lagu one daireksennn. HAHAHAHA. tapi betul kan? aku lah salah sorangnya tu.

kadang kadang dengan homework, kita boleh faham apa yang kita dah belajar. kan? aku selalu camtu. tapi aku sebenarnya bukanlah orang yang selalu menyiapkan homework yang cikgu bagi dengan sempurna. hahaha. dulu, aku sangat pemalas. sampai buku pun... haih entah mana pergi. hahaha teruk kan aku masa lower form? nak SPM ni. berubah ke arah yang lebih baik. alhamdulillah. sama sama lah kita menuju jalan yang benar dan di redhai Allah. InsyaAllah :)
eh eh aku memang budak SPM tahu?!! hahaha aku target nak masuk UiTM Shah Alam ni. jejage haaaa.

MORAL OF THIS STORY ((cerita takde penghujung sebenarnya sebab aku rasa malas dah membebel)): buat homework, jangan merungut bila dapat homework. okay? banyak benefits tahu. okay baby? okay baiii.

p/s: tajuk dengan cerita memang lari. 0% kalau dalam exam ni. HAHHAHA

Much Love,
tyra