Al fatihah. Yus Jambu kembali ke rahmatullah.








KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi. Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital. "Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus. "Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan. "Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," katanya kepada BH Online. Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/100986

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin. Takziah kepada keluarga beliau.

No comments: